
Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar
dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetic.
Persatuan Diabetic British, Persatuan Sains Makanan Amerika
dan Persatuan Diabetic Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula,
atau makanan bergula, dalam jumlah terhad sebagai sebahagian diet
tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima.
Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang
kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa.
Justeru, penghidap diabetic boleh menikmati coklat,
tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.