
Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi,
coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan,
fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi
adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut
menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat
mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat.
Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.