Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin,
coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak
dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang.
Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan.
Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali
semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan
meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali
itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian.
Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan
ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab.
Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan."
Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan,
kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang.
Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari,
coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak
menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.