
Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan.
Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia
ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas.
Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang
dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya.
Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan,
dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu
mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL).
Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik
pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi
kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan,
kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat
dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula.
Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai
sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.