
Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat,
terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar.
Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat.
Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat,
tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh,
ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama.
Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja.
Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum,
yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat,
sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi
menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat.
Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.